ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA

Sunday 4 March 2007

UMNO : Kepadamu Aku Datang..... (Siri 5)

Semasa pilihanraya tersebut dan selepasnya aku sebenarnya dikecam oleh penyokong-penyokong UMNO kerana memberikan sewaan tersebut. Mereka mengaitkan suamiku yang berasal daripada Kelantan sebagai penyokong parti pembangkang, tanpa mereka sedari sebenarnya bukan semua orang Kelantan menyokong pembangkang. Pada pilihan raya umum yang lepas lebih daripada 45 peratus pengundi yang mengundi di Kelantan memberikan undi kepada BN.

Walaubagaimanapun nama aku dapat juga dibersihkan apabila secara tidak sengaja terjumpa dengan beberapa orang kuat UMNO dari Bahagian Teluk Kemang di Pejabat Pak Lah di Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya. Pada masa itu kami ke destinasi yang sama untuk berjumpa dengan Setiausaha Sulit Kanan Pak Lah di KDN iaitu Dato’ Ramzi Abdul Rahman (sekarang ADUN Dabong).

Akhir sekali di dalam siri ini aku ingin mengucapkan tahniah kepada Dr. Afida Sohana Awang Soh, Presiden Kelab UMNO Christchurch, New Zealand kerana terpilih mewakili Kelab UMNO luar negeri berucap di Perhimpunan Agong UMNO 2006. Ucapan beliau adalah antara ucapan yang menarik perhatian ahli-ahli UMNO. Dr. Afida Sohana ini sebenarnya adalah anak sulong Prof. Madya Dr. Awang Soh Mamat, bekas Pegawai Penyelidik MARDI, bekas Pensyarah UPM dan sekarang adalah pensyarah di KUSTEM. Dengar cerita semasa aku balik ke Kelantan tempoh hari Prof. Madya Dr. Awang Soh Mamat telah memenangi empat pingat emas dan satu pingat gangsa semasa pertandingan hasil penyelidikan di Geneva pada April 2006 yang lepas. Tahniah Pak Cik!!!.

***SEKIAN***

No comments: