ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA

Friday, 16 March 2007

LINDA ONN : EGO ATAU MARUAH?

HEBOH diperkatakan mengenai kehilangan Linda Onn yang sepatutnya muncul dalam acara karpet merah Anugerah Academy di Hollywood pada 26 Februari 2007 yang lalu.

Menurut pihak Star TV, kehilangan Linda Onn adalah disebabkan beliau tidak bersedia.

Tetapi Linda menolak alasan tersebut dengan memberikan alasan sebenar adalah kerana pakaian. Linda mendakwa pakaian Radzwan Radziwil yang diterbangkan ke Hollywood pada saat-saat akhir itu agak seksi berbanding pakaian ciptaan Jovian Mandagie yang dibawanya sendiri.

Saya sebenarnya bukan ingin mengulas tentang pakaian tersebut tetapi sekiranya benar tindakan Linda adalah kerana mempertahankan prinsip, maruah dan harga diri disebabkan baju gantian tersebut jarang dan menampakkan susuk tubuhnya, saya rasa itulah tindakan yang sepatutnya beliau lakukan.

Tindakan Linda patut dipuji kerana ketegasan dalam berpakaian adalah satu perjuangan. Ini adalah tuntutan Allah kepada semua manusia yang beriman.

Linda janganlah risau, rezeki itu ada di mana-mana sahaja dan yang paling penting berpeganglah kepada prinsip yang betul.

Berbanggalah Linda kerana telah membuktikan personaliti dan artis kita tidak mudah untuk diperkotak-katikkan.

SYABAS LINDA ONN!!!

No comments: