ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA

Saturday, 10 March 2007

WARISAN - LAGU KESUKAAN KU

Sebenarnya hari ini aku terkenangkan saat-saat mengikuti kursus Bina Semangat Biro Tatanegara. Tarikhnya dah tak ingat, mungkin 15 tahun yang lepas. Aku simpan lirik lagu ini untuk pembakar semangat. Aku masih ingat lagi setiap hari semasa kursus aku akan menyanyikan lagu yang ku sertakan liriknya dibawah dengan penuh semangat sehingga mengalirkan air mata. Kepada sesiapa yang pernah mengikutinya mestilah terkenangkan lagu ini.
Anak kecil main api.
Terbakar hatinya yang sepi.
Airmata darah bercampur keringat.
Bumi dipijak milik orang.

Nenek moyang kaya raya.
Tergadai seluruh harta benda.
Akibat sengketa sesama kita.
Cita lenyap di arus zaman.

Indahnya bumi kita ini.
Warisan berkurun lamanya.
Hasil mengalir ke tangan yang lain.
Pribumi merintih sendiri.

Masa depan sungguh kelam.
Kan lenyap peristiwa semalam.
Tertutup hati terkunci mati.
Maruah peribadi dah hilang.

Kini kita cuma tinggal kuasa.
Yang akan menentukan bangsa.
Bersatulah hati bersama berbakti.
Pulih kembali harga diri.

Kita sudah tiada masa.
Majulah dengan gagah perkasa.
Janganlah terlalai teruskan usaha.
Melayu kan gagah di Nusantara 3x.

Dikala kita sekarang sentiasa sibuk dengan tugasan masing-masing, elok rasanya kita menghayati semula lagu yang pernah memberikan kesan yang mendalam kepada jiwa kita ini. Ia mengingatkan kita kepada asal-usul kita dan matlamat perjuangan kita yang belum selesai untuk agama, bangsa dan negara kita. SELAMAT BERJUANG!!

1 comment:

editor said...

Lagu yang pernah saya nyanyikan semasa mengikuti kursus BTN tahun 1993.

Tetapi, pabila melihat karenag remaja kota sekarang, tak mustahil suatu hari nanti, jati diri dan adab sopan di kalangan rakyat Malaysia akan 'hilang' jika masyarakat tidak mengambil inisiatif dan kerajaan tidak mewajibkan pelajaran agama ISlam sebagai mata pelajaran yang wajib di ambil ketika PMR dan SPM.