ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA

Saturday 24 March 2007

SEKOLAH KLUSTER : BAKAL MENCIPTA SEJARAH

MALAM tadi aku terima SMS daripada dua puteriku iaitu Rosamirah Insyirah dan Rosadriana Qistina yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab 1, Kota Bharu, Kelantan yang lebih dikenali dengan nama elite girls school of Kelantan.

Bukan main gembira sekali bunyi SMS tersebut, rupanya sekolah mereka telah dipilih sebagai salah satu sekolah kluster daripada 300 buah sekolah yang akan diumumkan oleh Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Kata mereka sekolah tersebut akan menjadi setaraf dengan sekolah-sekolah di Negara maju dan mereka berpeluang untuk melawat sekolah-sekolah tersebut di masa hadapan. Kebetulan pula beberapa hari yang lepas sekolah mereka telah dilawati oleh pelajar-pelajar daripada United Kingdom.

Satu lagi berita gembira yang mereka sampaikan adalah dua pelajar daripada sekolah mereka telah tersenarai sebagai antara pelajar terbaik kebangsaan di dalam peperiksaan SPM yang lepas.

Berbalik kepada sekolah kluster, mengikut laporan akhbar-akhbar harian sekolah tersebut akan diberikan kuasa autonomi untuk mentadbir sendiri mirip sekolah swasta selaras usaha kerajaan untuk melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan setaraf Negara maju.

Antaranya mereka dibenarkan memilih dan mengiklankan calon guru serta kakitangan sokongan tanpa melalui norma perjawatan biasa, bebas memilih kursus dan program latihan yang perlu diikuti guru, boleh menggunakan khidmat dan kepakaran luar dalam bidang yang diperlukan dan boleh menawarkan subjek-subjek alternatif yang tidak terdapat di dalam kurikulum kebangsaan kepada para pelajarnya.

Kuasa autonomi tersebut diberikan bagi membolehkan pengurusan sekolah kluster melaksanakan langkah yang difikirkan mampu meningkatkan kecemerlangan guru dan pelajar masing-masing.

Untuk Mira dan Yana, mama nak ucapkan tahniah kerana sekolah kalian telah terpilih untuk dinaikkan taraf kepada sekolah kluster. Tetapi jangan hanya sekolah sahaja yang bertaraf antarabangsa tetapi yang lebih penting kalian berdua juga mestilah mempunyai minda kelas pertama. Belajarlah bersungguh-sungguh kerana hanya dengan ILMU sahajalah yang akan memastikan kejayaan kita di dunia dan akhirat.

Akhir kata, mama sentiasa mendoakan kejayaan kalian semua…

7 comments:

TeacherNunu said...

kak, ssebagai bakal cikgu.sy welcome the idea.tapi at the same time ,rasa takut gak kak.takutak menjadi.menda2 yg melibatkan pendidikan ni tka leh wat main2 ..mcm jugak sans dan math dalam english...:)

Roshatika said...

Akak setuju sains dan math kalau balik guna BM, kesian budak-budak kita kat kampung. Tapi orang kata kalau tak cuba tak tahu, Kalau kita tak bermula sampai bila kita nak berubah......Harap-harap kesannya positif seperti yang di war-warkan.

Anonymous said...

Autonomi ? Kalu mcm tu baguslah, sebab PAS pun bley gak guna sekolah anjur ceramah ker, program ker .. bukan sahaja UMNO jer mcm biasa biasa .. he he

Oh yer, SIC pun sure jadi kluster gak eh ? Kalu tak jadi memang kejam lar.

Roshatika said...

Negara kita kan demokrasi, bukan setakat nak anjur ceramah atau program, nak perintah Kelantan pun boleh, asalkan ikut undang-undang.

SIC mesti la masuk, kan antara sekolah terbaik Kelantan. Kalau tak masuk kesian anak saya Aslam yang bersekolah di situ...he he

Anonymous said...

Eh betul ker zainab dah terpilih? Wah kira boleh kat sekolah zainab lah yerp.. huhu ingat dah dapat kat sekolah saya SMK Dato' Ahmad Maher... huhu pelajar terbaik SPM Kelantan dari sekolah saya 14A1 :D

Roshatika said...

Labanon, jangan risau, itu berita yang belum disahkan. Sama-sama kita tunggu besok ya!

Anonymous said...

askum,sori nk tnyer ckit ni,ank akak sekolah sic kn?klau nak msuk form 4 kat sic baper minimum gred pmr?klau dpt 6a2b bleh ke?sains,math dan bi dapt A,2 B tu bm dan geog...still bleh msuk ker?emel me erk...casperzeal_375@yahoo.com